Baru-baru ini berjumpa kawan dan keluarlah topik AKPK. Menurut apa yang beliau faham dengan menyertai AKPK kita boleh membayar prinsipal sahaja dan tiada faedah.
Ini sebenarnya adalah satu salah faham paling ketara di kalangan masyarakat Malaysia.
Sebenarnya ini hanya benar untuk pinjaman islamik sahaja. Kredit kad masih dikenakan faedah cuma kadarnya bergantung kepada bank.
Saya tidak pasti bagaimana dengan kad kredit Bank Islam. Bagi sesiapa yang hendak berkongsi bersama silalah hubungi saya secara langsung.
Saya juga di dalam usaha untuk mengumpul maklumat mengenai setiap bank seperti yang boleh dilihat dengan tab di atas. Saya tidaklah mempunyai akaun pinjaman dan kredit kad di semua bank jadi sekiranya anda mahu membantu bolehlah berkongsi maklumat.
Setiap bank mempunyai cara berbeza untuk mengira akaun yang telah ditukarkan kepada AKPK.
No comments:
Post a Comment